|
Eng Khim ketika melihat keadaan lelaki terbabit. |
Namun, ramai antara kita terpaksa hidup bergelandangan akibat masalah
peribadi masing-masing. Begitulah yang terjadi kepada seorang lelaki
berusia 50-an yang ditemui Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat
Kulim (PPKM) sebaik saja mendapat aduan daripada orang awam yang
mendakwa lelaki itu mencuri makanan di surau.
Pengerusinya, Khor Eng Khim berkata, pihaknya menemui lelaki itu yang
sedang tidur di tepi parit bersebelahan Stadium Mini Keladi kira-kira
jam 12.30 pagi semalam.
Menurutnya, lelaki itu mengaku kerana terlalu lapar dia terpaksa
mengambil sisa kuih dalam surau sebaik solat Terawih dijalankan lalu
melarikan diri.
“Dia juga memaklumkan tidak mempunyai wang untuk membeli makanan dan hidup gelandangan sejak lima tahun lalu,” katanya.
Sementara itu, lelaki berkenaan berkata, dia tidak suka dituduh
sebagai pencuri. “Aku ada minta pada mereka sedikit kuih tetapi mereka
halau aku kerana aku
kotor. “Orang selalu tuduh aku mencuri. Itu semua
tidak betul.
Aku cuma mahu makan saja,” katanya. Dia berkata, sehingga kini tidak
ada sesiapa atau pihak bertanggungjawab yang datang membantu.
Dalam pada itu, Eng Khim berkata, masalah itu dapat diselesaikan
sekiranya pihak terlibat turun padang dan mendekati nasib mereka yang
hidup di jalanan.
“Orang awam yang menemui lelaki ini memaklumkan kepada saya dia
mencuri dan harus diserahkan kepada polis. Pada pendapat saya, dia tak
bersalah.
“Dia sudah meminta kebenaran untuk mendapatkan beberapa kuih untuk dimakan tetapi tidak diberikan sebaliknya dia dihalau.
“Dia tidak ada pilihan melainkan mencuri kuih itu. Dia mencuri kerana
dia lapar dan bukan kerana dia mahu melakukan jenayah. Dalam soal ini
di manakah peranan orang ramai serta badan yang bertanggungjawab?,”
katanya.
Katanya, dia meminta jasa baik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
untuk membuat rondaan atau operasi bagi mengenal pasti orang gelandangan
di sekitar Kulim.
Sehingga kini sudah ramai dalam kalangan pengemis yang meninggal dunia di kaki lima.
[ http://www.informasi.my/curi-kuih-di-surau-kerana-terlalu-lapar/ ]
Judul : Curi Kuih Di Surau Karena Terlalu Lapar | Gaya Hidup
Deskripsi : Eng Khim ketika melihat keadaan lelaki terbabit. Curi Kuih Di Surau Karena Terlalu Lapar | Gaya Hidup – Tiada siapa di antara manusi...