|
SEORANG
bayi berumur 13 bulan (kanan) yang didapati mempunyai pertumbuhan payu
dara awal sedang bermain dekat ibunya di rumah mereka di Beijing pada
minggu lalu. |
Misteri Payudara Budak 4 Bulan | Gaya Hidup – Kementerian Kesihatan China tidak menemui sebarang bukti
bahawa susu tepung yang dikeluarkan syarikat Synutra menjadi punca tiga
bayi perempuan berumur antara lima bulan hingga 15 bulan mempunyai
pertumbuhan payu dara awal, lapor media semalam.
Penemuan itu diumumkan setelah ibu bapa tiga bayi dan doktor
menyuarakan kebimbangan bahawa hormon di dalam susu tepung itu menjadi
punca payu dara tersebut didapati mulai membesar.
Menurut jurucakap Kementerian Kesihatan, Deng Haihua, ujian klinikal
mendapati kadar hormon di dalam susu itu berada pada paras normal.
Beliau berkata, doktor-doktor yang memeriksa semua bayi itu mendapati perkembangan pembesaran payu dara mereka tidak serius.
[ http://www.informasi.my/misteri-payu-dara-budak-empat-bulan/ ]
Judul : Misteri Payudara Budak 4 Bulan | Gaya Hidup
Deskripsi : SEORANG bayi berumur 13 bulan (kanan) yang didapati mempunyai pertumbuhan payu dara awal sedang bermain dekat ibunya di rumah mereka di ...